"KEEP ALLAH IN OUR HEART TO YOU KEEP SAFE AND SECURE THE JOURNEY CALLED LIFE"

Tuesday 25 October 2011

PaKaiaN : TaFsiRaN iMej MeNuruT IsLaM

Manusia memerlukan pakaian bg menutupi tubuhnya. Pakaian adalah nikmat Allah yg penting kepada manusia. Allah menyuruh manusia khususnya umat islam supaya memakai pakaian seperti firman-Nya yg bermaksud: :-
"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian yg indah apabila pergi ke tempat indah apabila pergi ke tempat ibadah,seperti mengerjakan sembahyang ataupun memasuki masjid,makan dan minumlah,jangan melampau-lampau, sesungguhnya Allah tidak suka orang yang melampaui batas."
(surah al-araaf ayat 31)


Di dalam Islam terdapat garis panduan tersendiri tentang adab-adab berpakaian iaitu :-
1.)menutup aurat


2.)pakaian tidak jarang supaya tidak menampakkan tubuh


3.)pakaian tidak ketat


4.)memakai pakaian yang tidak menimbulkan perasaan riya' di dalam hati


5.)tidak menyerupai pakaian golongan bukan islam


6.)pakaian lelaki mesti berbeza daripada pakaian wanita


7.)pakaian lelaki tidak boleh diperbuat daripada sutera


8.)wanita perlu melabuhkan pakaian hingga menutupi aurat


9.)memilih warna pakaian yang sesuai (tidak menyilaukan pandangan)


10.)lelaki islam tidak boleh memakai emas


11.)apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan dan apabila menanggalkannya,mulakan dengan sebelah kiri


12.)apabila memakai baju,seluar atau seumpamanya,mulakanlah juga dengan sebelah kanan


13.)apabila memakai pakaian baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi yang bermaksud : "Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakainya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya. Demikian itu telah datang daripada Rasulullah".


14.)berdoa setiap kali menanggalkan pakaian supaya mendapat keberkatan


kesimpulannya,sebagai orang islam,sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan agamanya kerana sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah cermin seorang muslim yang sebenar..renung-renungkanlah :)

No comments:

Post a Comment